March 15, 2011
written by rashdan

  • Provide effective management of utilities for a safe, cost-effective and sustainable environment.
  • Manage strategic maintenance data for knowledge sharing.
  • Provide a conducive, effective and efficient administrative and academic facilities and space.
  • Manage common facilities, recreational parks,business premises and accommodation facilities to generate income for the University.
  • Manage purchase and use of University transport and fulfill the transport needs of students and staff.
  • Plan, coordinate, and execute campus physical development.

Pejabat Harta Bina UTM Kuala Lumpur terdiri dari enam (6) unit utama mengikut disiplin yang mana setiap unit mempunyai tanggungjawab yang berbeza.

Unit Awam

  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan serta sistem kemudahan dalam bangunan iaitu air, pembentungan dan perabut dalaman.
  • Menyenggara kemudahan infrastruktur yang meliputi kerja-kerja jalan, perparitan, system bekalan air dan pembentungan.
  • Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan pencegahan pembasmian serangga perosak.
  • Merangka, merancang, merekabentuk dan melaksanakan kerja-kerja ubahsuai yang melibatkan kerja struktur & siling, dinding, kemasan lantai, sistem bekalan air / gas dan sanitari.
  • Menyelenggara dan menyelaras sistem kunci keselamatan bangunan.
  • Menyediakan perkhidmatan pembekalan tempahan papan kenyataan dan papan tanda tunjuk arah upacara rasmi.
  • Membantu Bahagian Pembinaan PHB Sekudai dalam perancangan, rekabentuk, kelulusan pihak berkuasa tempatan dan pembinaan projek-projek baru di kampus cawangan.

Unit Elektrik

  • Menyelenggara sistem bekalan dan pepasangan elektrik supaya ianya berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
  • Mengawasi perjalanan sistem bekalan elektrik, sistem telefon dan perkhidamatan siaraya di UTM Kuala Lumpur.
  • Merangka, merancang dan melaksana projek-projek baru dan ubahsuai yang melibatkan pemasangan elektrik, telefon dan siaraya.
  • Meluluskan tempahan panggilan seberang laut dan panggilan persendirian bagi kampus UTM Kuala Lumpur.
  • Menyelenggara sistem pemasangan dan kemudahan telefon, termasuk pemasangan sambungan talian baru, pemindahan talian telefon dan urusan maklumat bil kepada pengguna.
  • Menyediakan perkhidmatan kemudahan sistem siaraya bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kampus UTM Kuala Lumpur.
  • Membantu Bahagian Pembinaan PHB Sekudai dalam perancangan, rekabentuk kerja-kerja elektrik serta komunikasi bagi pembinaan projek-projek baru di kampus cawangan.

Unit Mekanikal

  • Menyelenggara sistem hawadingin dan pengudaraan, sistem pencegah kebakaran dan alat pemadam api.
  • Menyelenggara penyejuk air, peralatan dapur, pam air dan lif bangunan supaya berfungsi dengan baik.
  • Mengurus dan mengawasi kerja-kerja pembaikan peralatan di atas yang dilaksanakan oleh kontraktor.
  • Merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek ubahsuai dan projek baru bagi pemasangan sistem hawadingin, pencegah kebakaran, pam air dan penyejuk air.
  • Menyelenggara kenderaan-kenderaan universiti di bengkel kenderaan UTM.
  • Mengurus dan mengawasi pembaikan kenderaan-kenderaan universiti yang dibaiki di bengkel luar.
  • Membantu Bahagian Pembinaan PHB Sekudai dalam perancangan, rekabentuk kerja-kerja mekanikal bagi pembinaan projek-projek baru di kampus cawangan.

Unit Senibina & Lanskap

  • Menyediakan perkhidmatan konsep rekabentuk dan melukis pelan pembinaan untuk projek ubahsuai di kampus UTM Kuala Lumpur.
  • Merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek pembangunan baru dan menaiktaraf.
  • Menyediakan kemudahan tanda tunjukarah dan tandanama bagi ruang-ruang serta bangunan.
  • Menyediakan perkhidmatan membekal pokok-pokok bunga untuk hiasan bagi aktiviti majlis yang dijalankan di kampus UTM Kuala Lumpur.
  • Menyelenggara pokok-pokok dan hiasan lanskap yang terdapat di dalam kampus bagi meningkatkan keceriaan persekitaran UTM Kuala Lumpur.
  • Merekabentuk dan melaksanakan tanaman lanskap bagi mengganti atau pembinaan baru kawasan hijau.
  • Menyediakan dan menyenggara maklumat ruang untuk rujukan jabatan dari masa kesemasa.
  • Membantu Bahagian Pembinaan PHB Sekudai dalam perancangan, rekabentuk serta kelulusan pihak berkuasa tempatan dalam pembinaan projek-projek baru di kampus cawangan

Unit Ukur Bahan

  • Mengendalikan perolehan sebutharga dan tender (sebelum kerja-kerja berjalan):
  • Menyediakan senarai kuantiti dan anggaran kos tender, dokumen tender, mengeluarkan surat setujuterima tender dan meluluskan perkara-perkara berkaitan sebutharga.
  • Mengendalikan urusan tender (semasa kerja-kerja berjalan): Membuat penilaian kerja, menyediakan bayaran kemajuan, arahan pinda kerja dan mengeluarkan perakuan siap kerja.
  • Menyelaras kerja-kerja yang melibatkan perundingan dan bayaran-bayaran berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan.
  • Pengawasan perkhidmatan pencucian bangunan untuk seluruh bangunan dalam kampus.
  • Mengurus perjalanan Kantin Pegawai, Kantin Universiti dan Kiosk serta ruang UTM yang disewakan kepada pihak luar.
  • Membantu Bahagian Pembinaan PHB Sekudai dalam perancangan dan perlaksanaan kontrak bagi pembinaan projek-projek baru di kampus cawangan


Unit Pentadbiran

  • Mengurus kemudahan ruang gunasama dan inventori ruang universiti.
  • Mengendalikan urusan kemudahan pengangkutan / kenderaan untuk staf dan pelajar Universiti.
  • Menyediakan kemudahan peralatan persiapan untuk aktiviti atau upacara Universiti.
  • Merancang dan menguruskan pembelian bagi menyediakan kemudahan perabut untuk staf dan pelajar Universiti.
  • Pengurusan kawalan kewangan pejabat, urusan rekod, pembayaran dan menyediakan perancangan belanjawan tahunan.
  • Mengurus dan menyediakan perkhidmatan kaunter pelanggan dan kemudahan sistem telefonis Universiti.
  • Mengurus hal-hal kebajikan serta latihan staf Pejabat Harta Bina.
  • Mengurus inventori peralatan alatganti bagi kerja-kerja penyenggaraan.
  • Mengurus pelupusan harta dan perabut di dalam kampus UTM Kuala Lumpur.
  • Mengurus dan menyenggara perjalanan pejabat termasuk sistem fail, fotokopi dan keperluan alatulis pejabat.

This page is maintained by PHB UTM IC.
For any inquiry please send us an email at : phbkl@ic.utm.my